Linux adalah untuk semua pengguna komputer, Dari yang miskin sampai dengan yang kaya, Dari kanak-kanak sampai ke dewasa, Dari berkulit hitam sampai yang berkulit putih. Dari ahli bidang komputer sampai ke pengguna biasa. Dan banyak orang di dunia sudah menggunakannya seperti Pakar IT ternama, perusahaan-perusahaan besar, lembaga pemerintahan dan juga lembaga pendidikan. Dengan linux saya tidak perlu lagi membeli lesen yang mahal dan duitnya saya boleh sedekahkan kepada orang lain. Linux lebih stabil yang dibangunkan oleh jutaan orang di dunia, bukanya dengan hanya satu lembaga dengan beberapa orang di dalamnya. Ubuntu adalah Distro Linux berketurunan dari Debian termasuk dalam sistem operasi linux yang terbanyak yang dipakai oleh pengguna komputer. Angka survey Linux desktop yang dipakai oleh pengguna linux sudah melebihi 30%. Perkembangannya disokong oleh organisasi terbesar dari Afrika Selatan, Canonical Ltd


  Secara peribadi, saya memandang Ubuntu sebagai Sistem operasi alternatif dan tidak mahu mewarwarkan bahawa Ubuntu adalah yang terhebat berbanding sistem operasi keluaran microsoft dan macintosh. Jika anda memberi dua pilihan kepada saya sekarang samada Windows atau Ubuntu, Saya akan terus menjawap Ubuntu yang terbaik. Kerana semenjak saya menggunakan Ubuntu setahun yang lalu, saya lebih seronok menggunakannya walaupun didalam virtualbox. dan sekarang agak lama rasanya saya tak menggunakan sistem operasi dari microsoft dan saya harap sistem operasi tersebut masih hebat walaupun saya tak mahu membazirkan duit membelinya.

  Mengapa saya memilih dan menyukai Ubuntu berbanding sistem operasi yang lain.

1. Ubuntu sangat ringan dan laju berbanding dengan window dan boleh digunakan pada komputer dengan hardware yang rendah dan lama. Sebelum ni saya menggunakan virtualbox di Windows 7 bersama Ubuntu. Sekarang, aku menggunakan Ubuntu sepenuhnya. Dari segi performance, memang ianya jauh lebih ringan dan pantas daripada Windows 7 yang saya pakai sebelum ni. Cuma kalau install secara dual-boot tu saya rasa agak slow sikit la.

2. Percuma seumur hidup, saya tak perlu membeli lesen dan boleh gunakan banyak di komputer hanya dengan satu CD 700mb sudah cukup. Ianya adalah percuma untuk digunakan, tak perlu beli lesen seperti Windows dan boleh digunakan pada desktop, laptop, netbook. Saya mempunyai hak untuk menyalin dan mengedarkan Ubuntu kepada saudara-mara dan kawan-kawan saya dan juga orang lain. Saya tidak perlu membayar lesen perisian se-sen pun untuk menggunakan ubuntu.

3. Sistem operasi berasaskan linux lebih stabil, bebas virus, malware, worm dan sebagainya jadi tidak perlu lagi saya beli dan pasang perisian antivirus. Linux bebas virus, Di Saat orang lain sibuk mencari antivirus yang terbaik, saya tetap boleh tidur nyenyak kerana Linux bebas virus. Namun bergitu terdapat juga virus yang menyerang sistem berasaskan linux. nanti post lain saya ceritakan virus di linux pula.

4.Bagi saya Ubuntu sangat mudah digunakan berbanding sistem operasi Linux yang lain, saya adalah pengguna Ubuntu yang merasakan mudahnya menggunakan ubuntu. Jika anda tidak suka menggunakan command Terminal, Anda juga boleh mengakses program secara GUI atau hanya dengan klik-klik saja. Ini kerana Ubuntu sudah sangat lengkap. Saya adalah pengguna ubuntu yang tidak berapa pandai mengunakan command-command yang ada pada debian.

5. Segala perisian asas untuk melayari internet sudah ada di Ubuntu, perisian office, mendengar pemain muzik, memainkan video dalam format .mkv .rmvb .avi dan sebagainya adalah terbina dalam ubuntu, hanya perlu update sahaja. Saya tidak perlu bersusah payah install driver sebab kebanyakan driver adalah terbina dalam seperti LAN, Wifi, Audio dan sebagainya. Ubuntu mempunyai Software Center, dengan ini memudahkan saya untuk download software-software lain yang tidak terbina dalam Ubuntu.

6. Kebolehan menjalankan perisian-perisian dari Windows. Wine adalah salah satu perisian yang mana boleh menjalankan perisian dari windows. Akan tetapi Tidak semua aplikasi Windows berjalan di Wine. Wine kini kerap digunakan oleh pengguna Linux untuk menjalankan aplikasi seperti Adobe Photoshop, Microsoft Office dan banyak lagi. Jika anda adalah pengguna Linux yang baru mungkin anda sudah sedia maklum tahu bahawa, Wine adalah aplikasi yang dapat menjalankan aplikasi yang ada di Microsoft (.exe).

7. Desktop effect yang menarik dari Compiz Fusion. Saya sangat suka dengan Compiz Fusion. Software ini adalah hasil dari penggabungan antara window manager dan Compiz Ekstra. Apabila kita menggerakkan sesuatu window, akan ada effect seperti window itu lembut, mengeluarkan effect api dan sebagainya. Ianya sangat menarik. Untuk pengetahuan, Compiz Fusion boleh menghasilkan banyak effect-effect yang menarik, sampaikan anda tidak dapat membayangkannya sendiri. Tahap customization Compiz Fusion yang sangat tinggi, saya boleh ubah desktop dan seluruh sistem operasi jika saya mahu.

8. Ubuntu dikeluarkan setiap 6 bulan bagi memastikan saya sentiasa up-to-date. Saya dapat meng-upgrade Ubuntu melalui package manager dan semua aplikasi dapat di-update dengan mudah. Dengan itu juga, saya tidak perlu Google untuk mencari software-software. Ini kerana package manager akan membantu saya mencarinya. Apa yang penting sekarang, kepuasan mengguna Ubuntu mesti ada. Buat pengetahuan pembaca antara banyak-banyak distro Linux ini, Ubuntu lah yang paling sentiasa up-to-date dari masa ke semasa.

  Di atas hanya beberapa alasan yang saya rasakan manfaat untuk dikonsi bersama, Adakah anda juga pengguna Ubuntu? Jadi apa alasan anda mengapa anda lebih memilih Ubuntu berbanding sistem operasi yang lain.

  Nak tahu lagi kenapa saya memilih ubuntu? Kalu nak tahu lagi..
Kita berbicara dari hati ke hati. Dan yang pasti masih banyak lagi alasan kenapa saya menggunakan Ubuntu.

Kenapa memilih windows kalau linux lebih hebat..??

Get Follow Facebook Tau9eh !!!!!!!